Segala pujian hanyalah untuk Dia
Sudah lama rasanya aku tidak menulis. Lama sangat. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin tiada ilham untuk menulis. Dalam tempoh masa ini juga, macam-macam benda yang berlaku. Benda yang membuatkan aku sedih. Mungkin sebab itu jugalah yang membuatkan semangat aku untuk menulis hilang.Bagi seorang penulis, ilham sangat membantu untuk menggerakkannya menulis. Namun, apabila ilham itu tiada, semuanya hanya sia-sia belaka. Begitulah yang aku rasai.Aku tiada ilham untuk menulis. Aku tiada mood untuk menulis. Tapi, aku tahu aku mesti kuat. Ya, kuat untuk menghadapi segalanya. Tiada apa yang perlu aku bimbangkan kerana setiap masalah mesti akan ada jalan penyelesaiannya. Terkadang, aku rasa diri aku terlalu mengejar perkara keduniaan hingga kalau aku tidak mendapatkan apa yang aku inginkan aku akan mudah rasa sedih dan kecewa. Ya Allah, teruknya aku. Sedih untuk perkara dunia. Contohnya, sedih sebab tak dapat dekan sedangkan keputusan aku tidaklah terlalu teruk dan tidak perlu sampai mengulang. Cuba bayangkan rakan-rakan yang mendapat keputusan yang lebih rendah. Allahu, tak bersyukurnya aku. Tamaknya aku sedangkan itu merupakan sesuatu yang sangat baik. Rezeki daripada Allah. Sekarang, aku belajar untuk lebih bersyukur dan terima seadanya apa yang Allah kurniakan. Apa yang penting perlu ada usaha dan doa. Aku teringat kata-kata Teme Abdullah, letakkan akhirat di hati, In shaa Allah kau tidak akan kecewa kalau tak dapat perkara dunia, Belajar untuk menerima dengan hati yang reda. Allah juga ada berfirman, sesiapa yang bersyukur, nescaya akan aku tambah. Soo, belajar untuk bersyukur.
Comments
Post a Comment