Skip to main content

REDHA...TIDAK SEMUDAH YANG DITUTURKAN

SEGALA PUJI HANYALAH UNTUK DIA

Perkataan redha memang senang untuk diungkapkan. Namun, di hati redha sukar dilaksanakan. Kita kata kita redha dengan takdir Allah walhal hati kita tidak. Itulah lumrahnya kita sebagai manusia biasa. Kita tidak sempurna. Sehebat manapun manusia itu, kala diuji tetap akan rebah juga. Saya ambil contoh yang mudah dan familiar terutamanya bagi kita yang bergelar student. Kita cakap kita redha sebab result kita tidak begitu cemerlang jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, namun hakikatnya dalam hati, kita rasa sedih, mengungkit, menyesal sebab kita tak buat yang terbaik dalam exam. As a human being, saya tak menafikan perkara itu. Biasalah tu. Tapi sedih yang terlalu berpanjangan dan menyesal adalah tanda bahawa kita sebenarnya tidak redha dengan takdir Allah. Redha itu adalah bila kita menerima segala takdir Allah dengan perasaan yang ikhlas. Ya, saya akui sukar untuk redha. Sangat sukar. Namun, tak salah untuk kita cuba redha dengan apa yang diberikan tidak kiralah sama ada perkara itu baik atau sebaliknya. Kenapa saya begitu begitu? Sebabnya tiada satu benda pun yang ditakdirkan oleh Allah adalah sia-sia melainkan ianya mengandungi hikmah yang tersembunyi.Jom, bermula saat ini, kita cuba untuk ikhlaskan hati untuk menerima takdir Allah.


Comments

Popular posts from this blog

JANGAN SEDIH, KITA SEMUA HEBAT

ASSALAMUALAIKUM "Kau ni bodohlah, buat benda tu pun tak pandai"." Kau ni study terer, tapi satu kerja pun tak reti buat, harap otak ja pandai ,tapi ermm". Orite ini aku bagi beberapa contoh situasi. Pernah tak kalian berada dalam situasi ini? Memang menyakitkan hati bila ada orang yang pandang rendah pada kita kan? Semestinya sakit hati. Pedih wei menusuk ke dalam kalbu kata2 tu. Macam nak sound dia balik. But as orang yang berakal, tak perlulah buat macam tu.  Sebenarnya, setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kalian ada kelemahan, aku juga punya kelemahan and of course orang yang mengata itu pun ada kelemahan. Jangan pedulikan apa yang orang kata. Di sebalik kelemahan, pastinya terselit kekuatan. So, jangan disebabkan ada kelemahan, kalian rasa tak berguna. Kan kalian ada kekuatan. Tak ada? Nampak sangat membohongnya haha sebabnya setiap manusia pasti ada kekuatan masing2 walaupun sedikit. Cari dan gali kekuatan itu wahai teman. Aku cuma

Takdir Allah Itu Indah

ASSALAMUALAIKUM Pernah tak kalian berasa frust? Mestilah pernah kan. Aku pun pernah rasa frust. Frust dengan boyfriend? Tak adalah sebab aku mana ada boyfriend. Aku frust dengan hidup aku. Aku frust dengan diri sendiri. Sebabnya aku tak dapat apa yang aku impikan. Apakah impian itu? Lepas dapat result UPSR, aku memang nak sangat sambung belajar di MRSM. Teringin sangat-sangat. Tapi tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan kan. Aku tak dapat masuk MRSM. Sebaliknya, aku dapat tawaran daripada SMK Agama Perempuan Alawiyah Kangar (SMKAP). Jujur aku cakap aku memang tak minat langsung nak masuk sekolah agama. Lagi satu hati aku betul-betul nak sangat masuk MRSM. So, aku tak berputus asa. Aku pun buat rayuan dengan harapan aku akan diterima. Mungkin bukan rezeki aku agaknya, walaupun dah buat rayuan, aku masih tak berjaya masuk MRSM. Aku sedih. Sedih yang teramat sangat. Setiap masa aku menangis. Aku pergi SMKAP dengan hati yang langsung tak ikhlas. Memanglah aku ada kawan tap