Terkadang takdir yang hadir tidak seiring dengan kehendak kita. Kita mengharapkan benda itu tetapi kita dapat benda lain. Sedih bukan? Rasa kecewa, putus asa mula menerpa dalam kalbu. Lalu, diri yang terluka mula mempersoalkan ketentuan takdir. Perkataan ‘kalau’, ‘mengapa’ sering diungkapkan di bibir. Kita manusia biasa. Kita sangat lemah. Bila tidak mendapat perkara yang kita idamkan, pastinya kita akan merasa kecewa, sedih dan sakit hati. Itu perkara biasa. Namun, manusia yang kuat pastinya akan memilih untuk sabar dan ikhlas dengan takdir. Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya. Bahkan, kasih sayangnya terhadap kita tidak dapat dihitung dengan kata-kata. Sebelum menyalahkan takdir, eloklah sekiranya kita mengenang kembali nikmat Allah kepada kita. Nikmat Islam, nikmat kehidupan, nikmat berkeluarga dan banyak lagi nikmat lain yang telah Allah kurniakan. Allah baru uji kita sikit, kita dah mengeluh resah. Mana pergi sifat syukur kita sebagai hamba? Allah bagi apa y
SEGALA PUJI HANYALAH UNTUK DIA Perkataan redha memang senang untuk diungkapkan. Namun, di hati redha sukar dilaksanakan. Kita kata kita redha dengan takdir Allah walhal hati kita tidak. Itulah lumrahnya kita sebagai manusia biasa. Kita tidak sempurna. Sehebat manapun manusia itu, kala diuji tetap akan rebah juga. Saya ambil contoh yang mudah dan familiar terutamanya bagi kita yang bergelar student. Kita cakap kita redha sebab result kita tidak begitu cemerlang jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, namun hakikatnya dalam hati, kita rasa sedih, mengungkit, menyesal sebab kita tak buat yang terbaik dalam exam. As a human being, saya tak menafikan perkara itu. Biasalah tu. Tapi sedih yang terlalu berpanjangan dan menyesal adalah tanda bahawa kita sebenarnya tidak redha dengan takdir Allah. Redha itu adalah bila kita menerima segala takdir Allah dengan perasaan yang ikhlas. Ya, saya akui sukar untuk redha. Sangat sukar. Namun, tak salah untuk kita cuba redha dengan apa y