Skip to main content

Takdir Allah Itu Indah

ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak kalian berasa frust? Mestilah pernah kan. Aku pun pernah rasa frust. Frust dengan boyfriend? Tak adalah sebab aku mana ada boyfriend. Aku frust dengan hidup aku. Aku frust dengan diri sendiri. Sebabnya aku tak dapat apa yang aku impikan. Apakah impian itu?

Lepas dapat result UPSR, aku memang nak sangat sambung belajar di MRSM. Teringin sangat-sangat. Tapi tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan kan. Aku tak dapat masuk MRSM. Sebaliknya, aku dapat tawaran daripada SMK Agama Perempuan Alawiyah Kangar (SMKAP). Jujur aku cakap aku memang tak minat langsung nak masuk sekolah agama. Lagi satu hati aku betul-betul nak sangat masuk MRSM. So, aku tak berputus asa. Aku pun buat rayuan dengan harapan aku akan diterima. Mungkin bukan rezeki aku agaknya, walaupun dah buat rayuan, aku masih tak berjaya masuk MRSM. Aku sedih. Sedih yang teramat sangat. Setiap masa aku menangis. Aku pergi SMKAP dengan hati yang langsung tak ikhlas. Memanglah aku ada kawan tapi entahlah aku tak suka sekolah ni. Sewaktu minggu orientasi, aku muram ja. Bila balik rumah mak aku tanya macam mana belajar di SMKAP. Aku nak jawab pun x boleh. Rasa nak nangis ja.

Tapi itu hanya berlaku sewaktu minggu awal aku di sini. Lama-kelamaan aku mula sukakan sekolah ini. Aku tenang dengan suasana di sini sebab semua pelajarnya perempuan. Sedar tak sedar sampai Form 6 aku study di sini. Bila difikirkan balik ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Allah takdirkan aku berada di bumi SMKAP ni agar aku dapat menimba ilmu agama. Aku akui aku bukanlah terer dalam bab-bab agama ni tapi Alhamdullilah sejak masuk sini, banyak benda baharu yang aku belajar dan perlahan-lahan aku rasa nak berubah ke arah kebaikan. Sebelum kelas bermula, kami akan membaca Al- Quran terlebih dahulu. Kalau waktu Zuhur pulak, kami akan solat berjemaah. Lepas tu, setiap hari jumaat akan ada bacaan Yasin, solat sunat hajat, solat sunat dhuha dan USRAH BADAR. Benda-benda ni semua bawa banyak manfaat untuk aku. Jiwa aku juga jadi lapang bila ada aktiviti macam ni. Yang kedua, aku dapat belajar Bahasa Arab. Ramai yang cakap Bahasa Arab ni susah la leceh la. Pada aku, belajar Bahasa Arab adalah sesuatu yang menyeronokkan. Aku bertuah sebab dapat belajar Bahasa Arab. Bahasa Al-Quran tu. Yang ketiga, aku bersyukur berada di sini sebab aku boleh teman mak dan ayah di rumah. Kalau masuk MRSM mesti kena duduk asrama. Lagi satu,  mak aku nak sangat aku masuk SMKAP. Seorang ibu mesti tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Alhamdullilah permintaan mak dapat aku tunaikan.

Akhirnya, aku nak cakap mungkin kadang-kadang kita rasa sedih dan frust sebab tak dapat apa yang kita nak. Tapi cuba fikir kenapa Allah tak bagi benda tu. Mungkin benda tu tak baik untuk kita. Benda yang kita nak tak semestinya baik untuk kita. Contoh macam aku, kalau aku dapat masuk MRSM, aku tak pasti aku boleh bertahan atau tak sebab aku sedar yang minat aku tak terarah ke bidang sains. Sebab tu Allah letakkan aku di bumi SMKAP ni. Alhamdullilah takdir Allah sangat indah. Aku bersyukur berada di SMKAP. Sebagai manusia, kita seharusnya reda dengan apa yang ditakdirkan buat kita kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN SEDIH, KITA SEMUA HEBAT

ASSALAMUALAIKUM "Kau ni bodohlah, buat benda tu pun tak pandai"." Kau ni study terer, tapi satu kerja pun tak reti buat, harap otak ja pandai ,tapi ermm". Orite ini aku bagi beberapa contoh situasi. Pernah tak kalian berada dalam situasi ini? Memang menyakitkan hati bila ada orang yang pandang rendah pada kita kan? Semestinya sakit hati. Pedih wei menusuk ke dalam kalbu kata2 tu. Macam nak sound dia balik. But as orang yang berakal, tak perlulah buat macam tu.  Sebenarnya, setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kalian ada kelemahan, aku juga punya kelemahan and of course orang yang mengata itu pun ada kelemahan. Jangan pedulikan apa yang orang kata. Di sebalik kelemahan, pastinya terselit kekuatan. So, jangan disebabkan ada kelemahan, kalian rasa tak berguna. Kan kalian ada kekuatan. Tak ada? Nampak sangat membohongnya haha sebabnya setiap manusia pasti ada kekuatan masing2 walaupun sedikit. Cari dan gali kekuatan itu wahai teman. Aku cuma

REDHA...TIDAK SEMUDAH YANG DITUTURKAN

SEGALA PUJI HANYALAH UNTUK DIA Perkataan redha memang senang untuk diungkapkan. Namun, di hati redha sukar dilaksanakan. Kita kata kita redha dengan takdir Allah walhal hati kita tidak. Itulah lumrahnya kita sebagai manusia biasa. Kita tidak sempurna. Sehebat manapun manusia itu, kala diuji tetap akan rebah juga. Saya ambil contoh yang mudah dan familiar terutamanya bagi kita yang bergelar student. Kita cakap kita redha sebab result kita tidak begitu cemerlang jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, namun hakikatnya dalam hati, kita rasa sedih, mengungkit, menyesal sebab kita tak buat yang terbaik dalam exam. As a human being, saya tak menafikan perkara itu. Biasalah tu. Tapi sedih yang terlalu berpanjangan dan menyesal adalah tanda bahawa kita sebenarnya tidak redha dengan takdir Allah. Redha itu adalah bila kita menerima segala takdir Allah dengan perasaan yang ikhlas. Ya, saya akui sukar untuk redha. Sangat sukar. Namun, tak salah untuk kita cuba redha dengan apa y