Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

LETAKKAN AKHIRAT DI HATIMU

Segala pujian hanyalah untuk Dia Sudah lama rasanya aku tidak menulis. Lama sangat. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin tiada ilham untuk menulis. Dalam tempoh masa ini juga, macam-macam benda yang berlaku. Benda yang membuatkan aku sedih. Mungkin sebab itu jugalah yang membuatkan semangat aku untuk menulis hilang.Bagi seorang penulis, ilham sangat membantu untuk menggerakkannya menulis. Namun, apabila ilham itu tiada, semuanya hanya sia-sia belaka. Begitulah yang aku rasai.Aku tiada ilham untuk menulis. Aku tiada mood untuk menulis. Tapi, aku tahu aku mesti kuat. Ya, kuat untuk menghadapi segalanya. Tiada apa yang perlu aku bimbangkan kerana setiap masalah mesti akan ada jalan penyelesaiannya. Terkadang, aku rasa diri aku terlalu mengejar perkara keduniaan hingga kalau aku tidak mendapatkan apa yang aku inginkan aku akan mudah rasa sedih dan kecewa. Ya Allah, teruknya aku. Sedih untuk perkara dunia. Contohnya, sedih sebab tak dapat dekan sedangkan keputusan aku tidaklah terlalu