Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Sahabat Sejati

ASSALAMUALAIKUM
Disebabkan minggu ini aku tak berapa busy lagi so aku ada la sedikit masa untuk berblog. Minggu ni saja free minggu depan memang dah start ada kelas. So manfaatkanlah minggu ni untuk enjoy. haha. Ermm aku nak tulis pasal apa ya. Cinta? Tak nak la cinta-cinta ni. Ok pasal sahabat.
Kalian mesti ada sahabat kan. Mestilah ada. Kita kan manusia mestilah perlukan sahabat. Tapi nak cari sahabat yang sejati bukannya mudah. Kadang-kadang ramai yang nak berkawan dengan kita sebab nak ambil kesempatan terhadap kita. Contohnya, seseorang itu baik dengan kita sebab nak minta tolong kita tapi bila kita perlukan pertolongan dia, dia langsung tak endahkan kita. Lagi sakit hati bila ada kawan yang cari kita waktu dia keseorangan tapi bila dah ada kawan lain dia buat kita macam sampah.
Sahabat sejati tak macam tu. Sahabat sejati akan sentiasa bersama-sama kita tidak kira sama ada kita senang atau susah. Mereka ni sanggup bersusah-payah untuk kita. Senang cerita sahabat sehati tidak aka…

Semester Baharu, Azam Baharu

ASSALAMUALAIKUM

Sedar tak sedar esok semester kedua akan bermula. Setelah sebulan lamanya bercuti, esok bermulalah rutin aku yang memenatkan.Yes belajar memang benda yang memenatkan. Kena pergi kuliah, tutorial, kena present, kena buat assignment dan kena bangun awal. Kalau ikutkan hati, aku memang malas nak study. Duduk di rumah tolong mak berniaga setiap pagi pun dah boleh dapat banyak duit. Tak perlu nak penat-penat macam study. 
Tapi aku tak bolehlah ikutkan hati. Aku kena fikirkan masa depan aku. Yang paling penting kedua-dua tulang belakang aku iaitu mak dan ayah yang nak sangat aku belajar sungguh-sungguh dan jadi orang yang berjaya suatu hari nanti. So I must study hard. Aku dah tak nak main-main lagi. Aku nak fokus sungguh-sungguh. Yang paling penting aku dah tak nak jadi blur macam semester lepas. Haha maklumlah baru first time belajar di universiti. Sebab tu menjadi-jadi sangat blur.
Aku mengharapkan urusan pembelajaran semester kedua ini akan berjalan dengan lancar. Semoga ak…

Kegagalan Pembuka Kejayaan

ASSALAMUALAIKUM

Sekejap betul masa berlalu. Tinggal  beberapa hari lagi aku akan pulang ke universiti.Huhu sedih sebab dah nak tinggalkan rumah tercinta. Lepas ni nak kena perah otak balik. Tapi dah nama pun pelajar, jadi semua itu normal la kan. Just think positive. Sebagai pelajar kita pastinya pernah berhadapan dengan kegagalan kan. Kalau tak pernah gagal maknanya kalian memang hebat. Aku sendiri sudah berdepan dengan kegagalan dan ianya suatu yang menyakitkan. Tapi semua itu lumrah hidup sebagai pelajar. Bagi kawan-kawan yang pernah gagal macam aku ni, ni ada sedikit kata-kata semangat untuk kalian. Untuk aku juga.
Jangan pernah sesekali mengalah dan berputus asa apabila berdepan dengan kegagalan kerana kegagalan merupakan pembakar semangat untuk kita bangkit semula. Orang yang gagal tetapi bangkit semula untuk tebus kegagalan itu ialah orang yang ingin berjaya. Orang yang gagal tetapi tak belajar daripada kegagalan ialah orang yang ingin gagal selama-lamanya. 
So, kawan-kawan ayu…

KALAH DALAM MENANG

ASSALAMUALAIKUM Baru-baru ini aku telah menyaksikan Anugerah Juara Lagu kt tv3. Biasalah bila dah balik rumah itulah kerja aku selain makan dan tidur.Maklumlah lepas geram sebab kalau di universiti memang tak dapatlah aku nak buat acara macam tu. Ok sekarang kita berbalik semula kepada Anugerah Juara Lagu tadi. Ok macam biasalah setiap tahun aku mesti tak akan lepaskan peluang untuk tengok show ini and setiap tahun jugalah aku mesti akan tunggu gimik persembahan daripada artis yang akan membuat persembahan.
Pada malam tersebut, persembahan artis-artis yang terlibat tidak mengecewakan. Semuanya berusaha untuk memberikan yang terbaik. Tapi, antara banyak-banyak persembahan, mataku terpaku menonton persembahan Syamsul Yusof dan Mawi dengan lagu mereka Kalah Dalam Menang. Dari segi vokal, memang tak payah cakap apalah. Mawi dah memang ada banyak pengalaman. Syamsul Yusof pulak rap dia teratur sangat. Yang menyentuh kalbuku adalah dari segi penghayatan mereka ketika menyampaikan lagu ini di…

Di Sini Bermulanya Segalanya

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdullilah, aku sangat bersyukur kerana impianku untuk menjadi seorang blogger kini menjadi kenyataan. Sebenarnya aku memang tak sangka pun sampai nak ada blog sendiri, Yes, aku memang minat menulis. Tapi menulis sekadar suka-suka. Aku tulis apa yang aku rasa, aku suka. Kiranya apa yang aku rasa aku nak tulis aku akan tulis. 
Aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dalam dunia blogger ni. Semuanya bermula dari kawan aku yang juga seorang blogger. Dialah yang banyak bantu aku and support aku. Dari situlah aku bersugguh-sungguh nak jadi blogger. So, aku nak cakap terima kasih untuk kawanku sebab bagi support pada aku. Kalau tak rasanya aku masih berangan-angan kosong lagi.
Aku sebenarnya nak jadi blogger ni bukan sebab nak meraih populariti sebaliknya just suka-suka and sebagai hobi. Macam yang aku cakap tadi aku memang suka menulis. So, di sini medium terbaik untukku  nak tulis apa-apa yang aku nak. Blog ni umpama diari aku.
Aku akui aku masih baru dalam bidang …