Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

JANGAN MENGELUH

Segala puji hanyalah untuk Dia Kita suka sangat mengeluh. Memang lumrah manusia suka sangat mengeluh. Diri aku pun tidak terkecuali. Sedarkah kita bahawa apabila kita selalu mengeluh, itu menandakan kita tidak bersyukur?Ya tidak bersyukur. Benarlah kata Allah, sedikit sekali manusia yang bersyukur. Ada sahaja benda yang kita rasa tak cukup. Apa yang kita mahu sebenarnya? Aku tanyakan soalan ini kepada kalian. Terlalu banyak nikmat kurniaan Allah buat insan yang bernama manusia. Kalau aku minta kalian untuk senaraikan nikmat tersebut, maka tidak terhitung nikmat yang berdozen-dozen tersebut. Nikmat paling besar yang telah kita kecapi adalah kita dilahirkan dalam Islam. Lagi? Kita ada ibu bapa. Ada kawan-kawan kita yang kehilangan ibu bapa sejak mereka lahir lagi. Mereka membesar tanpa kasih sayang daripada ibu bapa sedangkan kita masih lagi dapat merasai belaian daripada ibu bapa kita. Sebelum kita mengeluh, cuba fikir dan kenang sejenak segala nikmat yang telah disediakan oleh Alla