Skip to main content

Posts

BUKAN SALAH TAKDIR

Terkadang takdir yang hadir tidak seiring dengan kehendak kita. Kita mengharapkan benda itu tetapi kita dapat benda lain. Sedih bukan? Rasa kecewa, putus asa mula menerpa dalam kalbu. Lalu, diri yang terluka mula mempersoalkan ketentuan takdir. Perkataan ‘kalau’, ‘mengapa’ sering diungkapkan di bibir.             Kita manusia biasa. Kita sangat lemah. Bila tidak mendapat perkara yang kita idamkan, pastinya kita akan merasa kecewa, sedih dan sakit hati. Itu perkara biasa. Namun, manusia yang kuat pastinya akan memilih untuk sabar dan ikhlas dengan takdir. Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya. Bahkan, kasih sayangnya terhadap kita tidak dapat dihitung dengan kata-kata. Sebelum menyalahkan takdir, eloklah sekiranya kita mengenang kembali nikmat Allah kepada kita. Nikmat Islam, nikmat kehidupan, nikmat berkeluarga dan banyak lagi nikmat lain yang telah Allah kurniakan. Allah baru uji kita sikit, kita dah mengeluh resah. Mana pergi sifat syukur kita sebagai hamba? Allah bagi apa y
Recent posts

REDHA...TIDAK SEMUDAH YANG DITUTURKAN

SEGALA PUJI HANYALAH UNTUK DIA Perkataan redha memang senang untuk diungkapkan. Namun, di hati redha sukar dilaksanakan. Kita kata kita redha dengan takdir Allah walhal hati kita tidak. Itulah lumrahnya kita sebagai manusia biasa. Kita tidak sempurna. Sehebat manapun manusia itu, kala diuji tetap akan rebah juga. Saya ambil contoh yang mudah dan familiar terutamanya bagi kita yang bergelar student. Kita cakap kita redha sebab result kita tidak begitu cemerlang jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, namun hakikatnya dalam hati, kita rasa sedih, mengungkit, menyesal sebab kita tak buat yang terbaik dalam exam. As a human being, saya tak menafikan perkara itu. Biasalah tu. Tapi sedih yang terlalu berpanjangan dan menyesal adalah tanda bahawa kita sebenarnya tidak redha dengan takdir Allah. Redha itu adalah bila kita menerima segala takdir Allah dengan perasaan yang ikhlas. Ya, saya akui sukar untuk redha. Sangat sukar. Namun, tak salah untuk kita cuba redha dengan apa y

JANGAN MENGELUH

Segala puji hanyalah untuk Dia Kita suka sangat mengeluh. Memang lumrah manusia suka sangat mengeluh. Diri aku pun tidak terkecuali. Sedarkah kita bahawa apabila kita selalu mengeluh, itu menandakan kita tidak bersyukur?Ya tidak bersyukur. Benarlah kata Allah, sedikit sekali manusia yang bersyukur. Ada sahaja benda yang kita rasa tak cukup. Apa yang kita mahu sebenarnya? Aku tanyakan soalan ini kepada kalian. Terlalu banyak nikmat kurniaan Allah buat insan yang bernama manusia. Kalau aku minta kalian untuk senaraikan nikmat tersebut, maka tidak terhitung nikmat yang berdozen-dozen tersebut. Nikmat paling besar yang telah kita kecapi adalah kita dilahirkan dalam Islam. Lagi? Kita ada ibu bapa. Ada kawan-kawan kita yang kehilangan ibu bapa sejak mereka lahir lagi. Mereka membesar tanpa kasih sayang daripada ibu bapa sedangkan kita masih lagi dapat merasai belaian daripada ibu bapa kita. Sebelum kita mengeluh, cuba fikir dan kenang sejenak segala nikmat yang telah disediakan oleh Alla

LETAKKAN AKHIRAT DI HATIMU

Segala pujian hanyalah untuk Dia Sudah lama rasanya aku tidak menulis. Lama sangat. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin tiada ilham untuk menulis. Dalam tempoh masa ini juga, macam-macam benda yang berlaku. Benda yang membuatkan aku sedih. Mungkin sebab itu jugalah yang membuatkan semangat aku untuk menulis hilang.Bagi seorang penulis, ilham sangat membantu untuk menggerakkannya menulis. Namun, apabila ilham itu tiada, semuanya hanya sia-sia belaka. Begitulah yang aku rasai.Aku tiada ilham untuk menulis. Aku tiada mood untuk menulis. Tapi, aku tahu aku mesti kuat. Ya, kuat untuk menghadapi segalanya. Tiada apa yang perlu aku bimbangkan kerana setiap masalah mesti akan ada jalan penyelesaiannya. Terkadang, aku rasa diri aku terlalu mengejar perkara keduniaan hingga kalau aku tidak mendapatkan apa yang aku inginkan aku akan mudah rasa sedih dan kecewa. Ya Allah, teruknya aku. Sedih untuk perkara dunia. Contohnya, sedih sebab tak dapat dekan sedangkan keputusan aku tidaklah terlalu

JANGAN SEDIH, KITA SEMUA HEBAT

ASSALAMUALAIKUM "Kau ni bodohlah, buat benda tu pun tak pandai"." Kau ni study terer, tapi satu kerja pun tak reti buat, harap otak ja pandai ,tapi ermm". Orite ini aku bagi beberapa contoh situasi. Pernah tak kalian berada dalam situasi ini? Memang menyakitkan hati bila ada orang yang pandang rendah pada kita kan? Semestinya sakit hati. Pedih wei menusuk ke dalam kalbu kata2 tu. Macam nak sound dia balik. But as orang yang berakal, tak perlulah buat macam tu.  Sebenarnya, setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kalian ada kelemahan, aku juga punya kelemahan and of course orang yang mengata itu pun ada kelemahan. Jangan pedulikan apa yang orang kata. Di sebalik kelemahan, pastinya terselit kekuatan. So, jangan disebabkan ada kelemahan, kalian rasa tak berguna. Kan kalian ada kekuatan. Tak ada? Nampak sangat membohongnya haha sebabnya setiap manusia pasti ada kekuatan masing2 walaupun sedikit. Cari dan gali kekuatan itu wahai teman. Aku cuma

Takdir Allah Itu Indah

ASSALAMUALAIKUM Pernah tak kalian berasa frust? Mestilah pernah kan. Aku pun pernah rasa frust. Frust dengan boyfriend? Tak adalah sebab aku mana ada boyfriend. Aku frust dengan hidup aku. Aku frust dengan diri sendiri. Sebabnya aku tak dapat apa yang aku impikan. Apakah impian itu? Lepas dapat result UPSR, aku memang nak sangat sambung belajar di MRSM. Teringin sangat-sangat. Tapi tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan kan. Aku tak dapat masuk MRSM. Sebaliknya, aku dapat tawaran daripada SMK Agama Perempuan Alawiyah Kangar (SMKAP). Jujur aku cakap aku memang tak minat langsung nak masuk sekolah agama. Lagi satu hati aku betul-betul nak sangat masuk MRSM. So, aku tak berputus asa. Aku pun buat rayuan dengan harapan aku akan diterima. Mungkin bukan rezeki aku agaknya, walaupun dah buat rayuan, aku masih tak berjaya masuk MRSM. Aku sedih. Sedih yang teramat sangat. Setiap masa aku menangis. Aku pergi SMKAP dengan hati yang langsung tak ikhlas. Memanglah aku ada kawan tap