Followers

Sunday, 12 February 2017

Semester Baharu, Azam Baharu

ASSALAMUALAIKUM

Sedar tak sedar esok semester kedua akan bermula. Setelah sebulan lamanya bercuti, esok bermulalah rutin aku yang memenatkan.Yes belajar memang benda yang memenatkan. Kena pergi kuliah, tutorial, kena present, kena buat assignment dan kena bangun awal. Kalau ikutkan hati, aku memang malas nak study. Duduk di rumah tolong mak berniaga setiap pagi pun dah boleh dapat banyak duit. Tak perlu nak penat-penat macam study. 

Tapi aku tak bolehlah ikutkan hati. Aku kena fikirkan masa depan aku. Yang paling penting kedua-dua tulang belakang aku iaitu mak dan ayah yang nak sangat aku belajar sungguh-sungguh dan jadi orang yang berjaya suatu hari nanti. So I must study hard. Aku dah tak nak main-main lagi. Aku nak fokus sungguh-sungguh. Yang paling penting aku dah tak nak jadi blur macam semester lepas. Haha maklumlah baru first time belajar di universiti. Sebab tu menjadi-jadi sangat blur.

Aku mengharapkan urusan pembelajaran semester kedua ini akan berjalan dengan lancar. Semoga aku lebih kuat dan sabar menempuh segala cabaran yang mendatang. Semoga aku bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan boleh mengajak aku ke arah kebaikan. Semoga aku dan rakan-rakanku mendapat result yang cemerlang untuk final exam nanti. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment