Followers

Friday, 17 February 2017

Sahabat Sejati

ASSALAMUALAIKUM


Disebabkan minggu ini aku tak berapa busy lagi so aku ada la sedikit masa untuk berblog. Minggu ni saja free minggu depan memang dah start ada kelas. So manfaatkanlah minggu ni untuk enjoy. haha. Ermm aku nak tulis pasal apa ya. Cinta? Tak nak la cinta-cinta ni. Ok pasal sahabat.

Kalian mesti ada sahabat kan. Mestilah ada. Kita kan manusia mestilah perlukan sahabat. Tapi nak cari sahabat yang sejati bukannya mudah. Kadang-kadang ramai yang nak berkawan dengan kita sebab nak ambil kesempatan terhadap kita. Contohnya, seseorang itu baik dengan kita sebab nak minta tolong kita tapi bila kita perlukan pertolongan dia, dia langsung tak endahkan kita. Lagi sakit hati bila ada kawan yang cari kita waktu dia keseorangan tapi bila dah ada kawan lain dia buat kita macam sampah.

Sahabat sejati tak macam tu. Sahabat sejati akan sentiasa bersama-sama kita tidak kira sama ada kita senang atau susah. Mereka ni sanggup bersusah-payah untuk kita. Senang cerita sahabat sehati tidak akan pernah tinggalkan kita sendirian terutamanya pada saat-saat kita sedih dan susah. Never, So, kalau ada kawan yang macam tu memang betul la dia tu sahabat sejati. Nak berkawan tak ada masalah tapi carilah kawan yang mampu mengharungi susah-payah dengan kita bukannya tinggalkan kita sendirian saat kita berada dalam kesusahan. Semoga kita dapat bersama-sama bertemu dengan sahabat sejati suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment