Followers

Wednesday, 8 February 2017

Kegagalan Pembuka Kejayaan


ASSALAMUALAIKUM

Sekejap betul masa berlalu. Tinggal  beberapa hari lagi aku akan pulang ke universiti.Huhu sedih sebab dah nak tinggalkan rumah tercinta. Lepas ni nak kena perah otak balik. Tapi dah nama pun pelajar, jadi semua itu normal la kan. Just think positive. Sebagai pelajar kita pastinya pernah berhadapan dengan kegagalan kan. Kalau tak pernah gagal maknanya kalian memang hebat. Aku sendiri sudah berdepan dengan kegagalan dan ianya suatu yang menyakitkan. Tapi semua itu lumrah hidup sebagai pelajar. Bagi kawan-kawan yang pernah gagal macam aku ni, ni ada sedikit kata-kata semangat untuk kalian. Untuk aku juga.

Jangan pernah sesekali mengalah dan berputus asa apabila berdepan dengan kegagalan kerana kegagalan merupakan pembakar semangat untuk kita bangkit semula. Orang yang gagal tetapi bangkit semula untuk tebus kegagalan itu ialah orang yang ingin berjaya. Orang yang gagal tetapi tak belajar daripada kegagalan ialah orang yang ingin gagal selama-lamanya. 

So, kawan-kawan ayuh kita belajar bersungguh-sungguh. Tak payah fikir susah la payah la sebab tak ada benda yang senang dalam belajar dan yang penting tiada jalan pintas untuk berjaya. Pasti ada dugaannya. Janganlah bila dah gagal terus down dan terus tak nak belajar. Baru gagal sekali dah nak give up. Cuba tengok berapa ramai lagi orang kat luar sana yang gagal banyak kali tapi akhirnya jadi orang yag berjaya. Sebabnya mereka berfikiran positif. Kegagalan itu diambil sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Jangan susah hati. Doa banyak-banyak kepada Allah minta dipermudahkan segala urusan kita dalam belajar.Minta doa dan restu mak dan ayah. In Shaa Allah semoga kita mampu mengecap kejayaan, 

No comments:

Post a Comment