Followers

Sunday, 29 January 2017

KALAH DALAM MENANG

ASSALAMUALAIKUM 

Baru-baru ini aku telah menyaksikan Anugerah Juara Lagu kt tv3. Biasalah bila dah balik rumah itulah kerja aku selain makan dan tidur.Maklumlah lepas geram sebab kalau di universiti memang tak dapatlah aku nak buat acara macam tu. Ok sekarang kita berbalik semula kepada Anugerah Juara Lagu tadi. Ok macam biasalah setiap tahun aku mesti tak akan lepaskan peluang untuk tengok show ini and setiap tahun jugalah aku mesti akan tunggu gimik persembahan daripada artis yang akan membuat persembahan.

Pada malam tersebut, persembahan artis-artis yang terlibat tidak mengecewakan. Semuanya berusaha untuk memberikan yang terbaik. Tapi, antara banyak-banyak persembahan, mataku terpaku menonton persembahan Syamsul Yusof dan Mawi dengan lagu mereka Kalah Dalam Menang. Dari segi vokal, memang tak payah cakap apalah. Mawi dah memang ada banyak pengalaman. Syamsul Yusof pulak rap dia teratur sangat. Yang menyentuh kalbuku adalah dari segi penghayatan mereka ketika menyampaikan lagu ini ditambah pula dengan bait-bait lirik yang berunsurkan ketuhanan. Mesej yang hendak disampaikan melalui lagu ini memang sampai ke hati.

Walaupun tak menang malam tu, tapi mereka tetap menang di hati aku. Jujur aku sangat terkesan dengan persembahan jujur mereka. Tahniah buat mereka berdua. aku teringat lirik lagu ini iaitu kemewahan bukan tanda kehebatan insan. Jadi, peringatan untuk semua termasuk dari sendiri, tak kira sekaya mana pun kita, sebanyak mana pun harta kita, kita tetap sama sahaja di sisi Allah. Allah tak pandang harta, pangkat dan kedudukan tetapi amal kita. Jadi, sama-samalah beringat.Nak kejar dunia tak ada masalah tapi jangan sampai lalai mengingati akhirat. 




No comments:

Post a Comment