Followers

Sunday, 29 January 2017

Di Sini Bermulanya Segalanya

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdullilah, aku sangat bersyukur kerana impianku untuk menjadi seorang blogger kini menjadi kenyataan. Sebenarnya aku memang tak sangka pun sampai nak ada blog sendiri, Yes, aku memang minat menulis. Tapi menulis sekadar suka-suka. Aku tulis apa yang aku rasa, aku suka. Kiranya apa yang aku rasa aku nak tulis aku akan tulis. 

Aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dalam dunia blogger ni. Semuanya bermula dari kawan aku yang juga seorang blogger. Dialah yang banyak bantu aku and support aku. Dari situlah aku bersugguh-sungguh nak jadi blogger. So, aku nak cakap terima kasih untuk kawanku sebab bagi support pada aku. Kalau tak rasanya aku masih berangan-angan kosong lagi.

Aku sebenarnya nak jadi blogger ni bukan sebab nak meraih populariti sebaliknya just suka-suka and sebagai hobi. Macam yang aku cakap tadi aku memang suka menulis. So, di sini medium terbaik untukku  nak tulis apa-apa yang aku nak. Blog ni umpama diari aku.

Aku akui aku masih baru dalam bidang penulisan blog. Aku ada banyak kelemahan dan kekurangan. In Shaa Allah semua itu akan cuba aku baiki dari semasa ke semasa. Aku harapkan perjalananku sebagai penulis blog akan terus berkembang dan tak terhenti separuh jalan sahaja. Aku harapkan sokongan daripada semua. Segala kritikan yang membina akan aku ambil sebagai sesuatu yang positif. Rasanya ini sahaja untuk kali ini. Doakanlah kejayaan aku.




No comments:

Post a Comment